Sunday, March 22, 2009

Apa ada dengan cinta...

Cin-ta
Dua suku kata
Seribu makna
Pelbagai peristiwa
Ramai yang bahagia
Tak kurang juga yang merana

Kerana Cinta,
Yang satu bertambah dua
Yang dua menjadi tiga
Yang duka menjadi suka
Yang gaduh jadi bahagia

Juga kerana cinta,
Yang hitam nampak putih
Yang kotor tampak bersih
Yang jahat kau bilang salih
Yang girang akhirnya sedih

Apa guna cinta
Kalu akhirnya membunuh & membenci
Apa guna kau bercinta
Kalu yang dibunuh dirimu sendiri

Bukan kata tak boleh
Namun jangan-lah berlebih
Kerana dia yang kau cinta
Belum tentu setia

Tertelan kata romantika
Terkena janji-janji nista
Kerana cinta tak guna kepala
Kelak kau jadi buta…

by; NAbel - 22nd March 09

No comments:

Post a Comment

Followers

Blog Archive